Solat berjamaah ialah solat yang dilakukan
dua orang atau lebih secara bersama dengan diketuai oleh seorang imam dan
disertai dengan niat berjamaah.
- Fardhu ain
pada solat Jumaat
- Fardhu kifayah
pada solat fardhu lima waktu ke atas orang lelaki di sesuatu tempat
- Sunat pada solat jenazah dan solat-solat sunat yang disunatkan berjemaah padanya, seperti solat dua hari raya, solat gerhana bulan dan matahari, solat minta hujan, solat terawih dan solat witir pada bulan Ramadhan.
Tuntutan berjamaah pada solat fardu lima waktu yang selain daripada solat fardu
Jumaat, pada pendapat yang masyhur dan paling sohih menurut Imam an-Nawawi
adalah tuntutan fardu kifayah yang diwajibkan bagi orang-orang lelaki yang
berakal, baligh, bermukim, mempunyai pakaian menutup aurat dan tidak mempunyai
apa-apa keuzuran syarie.
Jadi bererti
apabila sesebuah kampung atau mukim mendirikan solat berjamaah di tempat yang
dikira menzahirkan syiar Islam seperti di masjid atau surau, maka gugurlah dosa
atas orang-orang kampung atau mukim yang tidak hadir solat berjamaah. Tetapi
sekiranya tiada sesiapapun yang menunaikan solat secara berjamaah maka semua
penduduk kampung atau mukim itu berdosa.
LAFAZ NIAT SOLAT ZUHUR BERJAMAAH
Niat imam:
Maksudnya, “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat tunai imam
kerana Allah Taala.”
Niat makmum:
Maksudnya, “Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat tunai
mengikut imam kerana Allah Taala”.
1.
Niat
mengikut imam bagi makmum
2.
Takbiratul
ihram makmum tidak mendahului takbiratul ihram imam
3.
Makmum
tidak mendahului dan tidak terlalu lambat mengikut pergerakan imam
4.
Makmum
mengetahui pergerakan imam
5.
Tiada
sekatan atau penghalang antara makmum dan imam.
Makmum muwafik bermaksud seseorang
makmum yang berjamaah dengan imam, sempat bersama imam dalam kadar membolehkan
dia menghabiskan bacaan al-Fatihah dengan kadar bacaan yang sederhana menurut
uruf orang ramai (jemaah). Kadar sederhana ini tidak boleh diukur dengan kadar
bacaan makmum (yang mungkin terlalu cepat atau terlalu lambat) atau bacaan imam
semata-mata. Kadar kesederhanaan bacaan tersebut adalah ketentuan uruf jemaah
solat.
Makmum muwafik dimaafkan tertinggal mengikut imam dengan kadar 3 rukun solat yang panjang, seperti rukuk dan sujud. Yang dimaksudkan dengan rukun yang pendek pula termasuklah ‘itidal, duduk sebelum bangun untuk qiam, duduk tahiyat awal dan duduk diantara dua sujud.
Makmum muwafik dimaafkan tertinggal mengikut imam dengan kadar 3 rukun solat yang panjang, seperti rukuk dan sujud. Yang dimaksudkan dengan rukun yang pendek pula termasuklah ‘itidal, duduk sebelum bangun untuk qiam, duduk tahiyat awal dan duduk diantara dua sujud.
Makmum muwafik yang dimaafkan adalah kepada mereka yang secara semulajadi membacanya dengan lambat dan bukan di akibatkan oleh was-was. Bagi mereka yang tertinggal ruku’ bersama imam kerana was-was, dia di maafkan sekadar sebelum imam turun untuk sujud (iaitu dengan kadar ruku’ dan ‘itidal).
MAKMUM MASBUK
Makmum masbuk
pula adalah makmum yang tidak sempat membaca surah Al-Fatihah bersama imam
dalam rakaat pertama dan tidak dikira rakaatnya. Makmum masbuk hendaklah bertakbiratul ihram,
kemudian terus rukuk atau sujud bersama imam. Jika mereka sempat rukuk dan
tamakninah bersama imam, mereka dikira mendapat rakaat bersama imam dan tidak
perlu diganti rakaat tersebut. Jika tidak sempat rukuk dan tamakninah bersama
imam, mereka dikira tidak mendapat rakaat tersebut bersama imam. Mereka
hendaklah menggantikan rakaat tersebut selepas imam memberi salam.
Sekiranya
makmum masbuk masuk berjemaah ketika imam sedang bertasyahud akhir,
mereka hendaklah terus duduk mengikut imam selepas takbiratul ihram. Jika tidak
sempat tamakninah bersama imam, mereka dikira berjemaah tetapi semua bilangan
rakaat dalam solat itu hendaklah diganti.
FAEDAH MELAKUKAN SOLAT FARDU SECARA BERJAMAAH
1.
Mendapat
pahala 27 kali ganda berbanding solat bersendirian
2.
Dapat
mengukuhkan persaudaraan sesama umat Islam
3.
Membantu
menambah khusyuk dalam solat
4.
Hidup
diberkati Allah
5.
Berpeluang
menambah ilmu
Kelebihan solat berjamaah dari sudut sains
Profesor fizik di Amerika Syarikat (AS) telah membuat satu kajian
kelebihan solat berjamaah yang disyariatkan dalam Islam. Berdasarkan kajiannya,
tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas
negatif. Dalam aktiviti harian kita, sama ada bekerja, beriadah atau berehat,
sudah tentu banyak tenaga digunakan. Ketika solat berjamaah, kita disuruh
meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan yang
dianjurkan ketika solat berjamaah itu mempunyai pelbagai kelebihan. Kajian
sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli
jamaah lain yang berada di kiri dan di kanan kita, akan menstabilkan kembali
cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan, sama
ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan
ditarik ke dalam tubuh kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin
seimbang cas dalam tubuh kita. Ini yang menyebabkan orang yang bersolat jamaah
mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang. Kajian mendapati secara keseluruhan
orang yang solat berjamaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang melakukan
solat secara bersendirian.
DALIL BERKAITAN
SOLAT BERJAMAAH
Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Solat berjamaah melebihi solat bersendirian dengan 27 darjat”.
(Hadith riwayat al-Bukhari
dan Muslim)
|
Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Barang siapa
mengerjakan solat Isyak dengan berjamaah, maka dia seperti bangun tengah malam(solat lail) dan barang siapa solat
subuh dengan berjemaah, maka dia seperti solat malam seluruhnya.”
(Hadith
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
|
Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Solat
seseorang dengan berjamaah(pahalanya) melebihi solat di rumah atau di pasar
dengan dua puluh lima ganda. Ini kerana, apabila dia telah berwuduk dan
sempurnakan wuduknya, kemudian keluar menuju Masjid dengan semata-mata untuk
solat, maka dia tidak akan melangkah satu langkah melainkan dihapuskan
baginya satu kesalahan, kemudian apabila dia solat maka malaikat selalu
mendoakannya, selama dia masih berada di tempat solatnya,(dengan
mengucapkan), “Ya Allah berilah rahmat kepadanya, dan kasih sayangilah dia.”
Dan kamu selalu dalam solat selama menanti solat.”
(Hadith
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
|
“Aku telah mengamati kaum muslimin; tidak seorang pun
meninggalkan solat kecuali orang munafik yang telah diketahui kemunafikannya,
atau orang sakit. Namun orang yang sakit akan berjalan di antara dua orang
(dipapah) untuk melaksanakan solat”. Ibnu Mas’ud berkata: “Sesungguhnya
Rasulullah saw mengajarkan kami sunah-sunah itu adalah solat di masjid yang
diserukan azan di dalamnya.”
(Hadith riwayat al-Bukhari dan Abu Daud)
|
Rasulullah s.a.w.
bersabda:
“Solat yang paling berat bagi orang munafik adalah
solat Isyak dan Subuh. Andaikan mereka tahu apa yang ada dalam kedua solat
itu, nescaya mereka menghadirinya sekalipun dengan merangkak. Dan
sesungguhnya rasanya aku hendak menyuruh (orang-orang ) mengerjakan solat
kemudian aku perintahkan seseorang untuk mengimami mereka, lalu aku berangkat
bersama orang-orang dengan membawa kayu, kepada orang-orang yang tidak hadir
untuk melaksanakan solat, kemudian aku bakar rumah mereka.”
(Hadith riwayat Muslim)
|
Allah SWT berfirman:
“Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah
orang-orang yang beriman kepada Allah dan hariakhirat, serta tetap mendirikan
solat, menunaikan zakat dan tidak takut(kepada sesiapa pun) selain kepada
Allah. Maka merekalah orang-orang yang mendapatkan petunjuk.”
(Surah At-taubah:18)
|
maklumat yg sgt mnarik..serta mempunyai bukti2 kukuh..tahniah!!Saudari telah mmbantu saya utk lbih memahami ibadah Islam dgn lebih mndalalm..
ReplyDeleteSkian..Terima Kasih
kalau boleh saya nak tanya pasal solat jumaat..solat lain semua saya tahu..solat jumaat je tak tahu..nk baca tahiyat awal rakaat ke berapa ye.
ReplyDeleteke baca ayat al-quran ape2 pown tak apa?sabb ada iman dah?
Deleteke baca ayat al-quran ape2 pown tak apa?sabb ada iman dah?
Deletekalau boleh saya nak tanya pasal solat jumaat..solat lain semua saya tahu..solat jumaat je tak tahu..nk baca tahiyat awal rakaat ke berapa ye.
ReplyDelete